Showing posts with label usrati~. Show all posts
Showing posts with label usrati~. Show all posts

Sunday, 19 August 2012

salam aidilfitri , eid mubarak 1433H





assalamua'laikum wbt

ya ALLAH, lama betoi x singgah sini.. huhu

alhamdulILLAH3x,
aku masih diberi nikmat iman dan ISLAM
aku masih diberi nikmat memiliki kedua2 ayah & bonda
aku masih diberi nikmat memiliki tubuh badan yg sihat
aku masih diberi nikmat yang lain2...x terhitung~


Pagi 'Eidul Fitri,
berjayalah mereka yang berjaya,
Merugilah mereka yang merugikan RamadhanNya. - hilal asyraf

alhamduliLLAH pada pagi 1 syawal kami sempat berkumpul keenam2 beradik bersama 2 org kak ipar serta seorang anak menakan ku..kepulangan anak menantu memang dinanti2kan oleh mak, ayah & aku..

persiapan aidilfitri kali ni hanya ala kadar, mak cuma wat nasi himpit & kuah kacang, kak ipaqku dari perak (asalnya batu pahat) wat rendang daging - spesial gak rendang yg di wat, x mcam org sini wat yg kaler merah.. hehe.. mmg osem

bagiku, aidilfitri kali ni hanya sederhana... aku xkesah pada sambutan, beraneka juadah, pelbagai kuih @ biskut raya.. bagiku, yg penting ialah KASIH SAYANG & RUH AILDIL FITRI

setelah menjangkau umur 20 tahun ni, fikiranku agak berlainan berbanding dahulu.. aku menjadi lebih mengutamakan keluarga ( betoika eh???..ntahla) .. tetapi itu yg dapat aku kenalpasti.. sesungguhnya , kekayaan yg terbesar ialah kejayaan jiwa, bukanlah kekayaan material, kekayaan zahiriah~

melihat usia ayah & bonda yang makin meningkat, aku berasa I HAVE TO DO SOMETHING yg bermanfaat esp utk ISLAM dan family... cuti sem yg panjang, membuatkan aku berkesempatan utk memikirkan hal keluarga ( haha, alasan... x, cumanya masa kat kampus, aulawiyat@ keutamaan@ priority berbeza >_< )

-----------------------------------------------------------------------------------------
2 hari sebelum 1 syawal - bersamaan 28 ramadhon 1433 H

kami ( aku, mak, hasif & kakak ) menziarahi kubur tok & pak ndak di sik

melihat kedudukan kubur pak ndak, kubur pak ndak dok kat hujung kaki tok
ALLAH, aku memang respect yg ni...
mengimbau kenangan tahun kematiannya 2000 pada masa 2, umurku baru 10 tahun =  darjah 2
pada pagi2 lepas subuh, kami sekeluarga bergegas ke sik setelah mendapat berita kematian pak ndak
walaupun pada mas 2 pak ndak sekeluarga menetap di masjid tanah , melaka, tapi berbekalkan hasratn murninya nak ditanamkan di sik, maka ditanamkan allahyarham abd rahim bin md noor di tanah sik.

ya ALLAH, memang aku rindu depa
lepas tok sakit teruk, tok ditransferkan ke sg petani, ( hosp strand--> rumah--> gee nursing home) kami dah x balik raya kat kampung, sik...
kami bela tok sampai ajalnya (2009).. mmg sedih kalau ingat balik.. tp itulah yg mentarbiyyah kami sekeluarga
lepas ziarah tok, kami p umah paksu, singgah solat asar


hatiku bercampur baur ketika menaip ini...ALLAH  >_<

i love sik, moga bumi barakah itu terus dilimpahi rahmat
otw p sik, aku kata kat mak : "mak, idah nak kawen dgn org dekat2 sini ( kedah), nnt senang", mak kata : amin2 # hati berbunga2 riang. yg penting NIAT!

sungguh, aku ingin mak dan ayah dapat wat rumah kat sik, nnt depa bole spend free time kat pondok haji salleh, p dengaq mengaji ( kuliah agama )

kalau bole, aku teringin nak dikuburkan di sik! ameen2
------------------------------------------------------------------------------------------------




kami sekeluarga bersama kak ipar pertama & anaknya





kami sekeluarga bersama kak ipar ke 2


macam2 yg dapat aku pelajari tika cuti menjelang aidilfitri ini. Antaranya

1) how to spend ur time with beloved esp father n mother
2) how u divide love between mother n wife
3) how to make kuah kacang
4) anak & isteri bukan penghalang tumpahnya kasih kpd ayah bonda
5) penampilan yg baik belum tentu menentukan baiknya peribadi seseorang... tetapi peribadi yg baik mampu menghasilkan penampilan @ appearance yg terbaik
6) hati ibu itu cepat sayu esp apabila meningkat usia
7) how to tackle hati mertua ( bekalan masa depan )
8) jangan pernah melupakan ayah bonda lepas kita sudah memiliki apa yg kita cintai (lepas nikah).. tanpa restu & doa mereka , mana mungkin kita bahagia pada hari ini)
9) kalau aku diizinkan ALLAH menjadi menantu seseorang, aku nak diri aku x menjadi penghalang kasih seorang anak & ahli keluarganya
10) ziarah menziarahi menanam rasa kasih sayang


i.ALLAH syawal ada lagi, aku nak amek kesempatan nak eratkan silaturrahim antara keluarga kami
aku percaya " carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jua"

xmau sedih2, think positive
bahagiakan mak ayah semampu mungkin, xlama depa nak dok dengan kita

k, assalamua'laikum

p/s : jom pakat posa sunat syawal a.k.a posa enam!

smile alwayz~

Saturday, 16 June 2012


CINTA KEPADA LELAKI SELEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W


assalamua'laikum wbt


bismILLAH walhamdulILLAH~
masih diberi nikmat iman & ISLAM 


dah lama x post ..
hari ni dah 17 jun 2012
bersamaan 27 rejab 1433H
jauhnya baginda meninggalkan kita :'(

.:: malam israk mi'raj ::.
"اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ "

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tetiba teringat memori pada 6 april 2012



tadi akhi soghir telefon.,

dalam hati : " hmm, 2 la aku x telepon depa, depa telepon dah" hehe
dgn selamba cheq angkat

akhi : salam, idah, td kami sambut besday ayah,... bangteh beli kek ... (geramnya..jeles2)
         hmm, 2 la ang x telepon.. ( sampai hati aku x egt )
cheq : la ya ka...a ku bz r ( ALASAN!!!) tp agak bz la... tp ada ja masa..hehe
akhi : k la, hang mai kol rumah,aku x dak kdit

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

menaip skrin telefon yg masih berusia seminggu

tut tut..

sana : assalamua'laikum ( sora ayah!) ( bersalahnya, xdan nak warm up)
sini : waa'laikumussalam. ayah , bang teh beli kek ka?
sana : ya , ada la sikit2...mak goreng mee ( sedap ohh)
sini : ( mcm mana aku nak ucap epy besday ni ..awat berat sgt niii..)
sana : bila balik?
sini : huhu, lega.. idah balik sabtu ayah, ada keja sikit
sana : ha, xpa2 .. selesai keja2 dulu..nnt ayah bole p amek
sini : AYAH,EPY BESDAY na.. ( akhirnya terluah jgk )                                                                                  sana : terima kasih.. esok abg nak balik, idah bole jumpa amni
sini : ya ka, x sabaq nak balik

end call selepas membalas salam



sebenaqnya cheq bukan nak luah sangat atau nak mengada2 tulis @ nak tayang kat sini, tp that is one of my ways to  appreaciate people esp my father.. that's y i wrote cinta kepada lelaki selepas Nabi Muhammad s.a.w









"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya

bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)


"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23) 







sesungguhnya , aku bersyukur padaMU ALLAH , kerana kurniakan kepadaku ayah yg baik, penyayang, bertanggungjawab & sbg

ALHAMDULILLAH,

ayah izinkan aku utk berada dalam jalan juang ini,
mnjadi penghantarku ke tempat2 berjuang tika senang mahupon susah,
menyumbang dana utk gerak kerja ISLAM,
memberi keizinan utkku keluar menabur bakti, mengerah tenaga utk ISLAM,
memberi nafkah utkku & nafkahnya ku gunakan utk berbakti dlm gerak kerja ISLAM





ya ALLAH, ku pinta...

agar waliku ini akan terus dirahmatiMU,

dipanjangkan usianya dgn peningkatan iman & keberkatan amal soleh,
diberkati umurnya & diredhai kehidupannya,






ya ALLAH, ingin lagi ku pinta

agar waliku ini menyerahkan aku kepada orang yg betul2 layak utk mbimbing diri ini ke jalanMU

ya ALLAH ya MUJIIB,
panjangkan umur ayahku
utk melihat anak2 gadisnya diwalikan oleh tangannya sendiri,
melihat anak2 gadisnya selamat di bawah pemeliharaan org yg baru
ya ALLAH, ya WADUUD , berilah kekuatan utk waliku ini mengizinkan andai jodohku sampai,.ku tak pinta jodoh itu yang awal, tapi biarlah yg terbaek di sisiMu sbg wadah utk diri ini istiqomah dlm cintaMU



p/s : kalau x silap esok hari bapak...hmm, x kol ayah g...ayah p kuching....semoga ayah selamat sampai esok...may ALLAH bless u my hero <3